Wednesday 23 April 2014

Kencing Manis Mengandung Bukan Pilihanku...

Salam dan salam sejahtera semua...

Hari ni saya nak bercerita pasal kencing manis ketika mengandung...cerita pasal kencing manis ketika mengandung ni sebab ramai jugak kawan-kawan yang mengalami masalah yang sama... dan terkejut bila kawan-kawan yang kena slim jer orgnya..

Kencing Manis Ketika Hamil / Diabetes Gestasi

Jadi apa itu kencing manis ketika mengandung??


Ha nama English dia... gestational diabetes atau melayu nya diabetes gestasi... hee dah bagi nama English ni..kawan-kawan bolehla nak google maklumat dalam bahasa Inggeris pulak...

Kencing manis ni dikesan buat pertama kali semasa mengandung melibatkan anggaran 5-9 % wanita mengandung.

Macam Mana Kencing Manis Ketika Hamil Terjadi? 



  • Badan kita tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup (kekurangan insulin)
  • Badan kita menghasilkan insulin yang sedikit, tetapi tisu badan tidak dapat menggunakan insulin itu sebaiknya (insulin resistance). 


Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pancreas.

Fungsi hormon insulin:


  • Membantu pembakaran dan penyerapan glukosa oleh sel badan
  • Mengimbangkan dan penyerapan glukosa oleh sel badan
  • Membantu sel menyimpan tenaga dalam bentuk glukosa di dalam hati
  • Membantu proses penyimpanan glukosa berlebihan dalam bentuk lemak di dalam hati


Insulin mengawal kandungan gula di dalam darah.

Semasa mengandung, badan kita kena hasilkan insulin yang lebih untuk keperluan bayi terutamanya di pertengahan kehamilan ke penghujung kehamilan. Kekurangan penghasilan insulin ini menyebabkan kandungan gula yang tinggi di dalam darah, seterusnya mendapat kencing manis.


Bagaimana kita tahu kita ada kencing manis ketika hamil?


Klinik atau hospital akan melakukan ujian untuk mengetahui kandungan gula di dalam darah. Anda akan diberi air gula untuk diminum utk menguji penghasilan dan tindakan insulin di dalam badan anda.

Wanita yang berisiko tinggi untuk kencing manis ketika hamil??/


  • Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
  • Kencing manis semasa kehamilan sebelumnya
  • Umur  (30 tahun ke atas)
  • Pernah melahirkan bayi yang besar (lebih dari 4kg)
  • Sejarah melahirkan bayi yang meninggal ketika lahir tanpa diketahui punca
  • Ahli keluarga terdekat menghidapi kencing manis

Simptom-simptom kencing manis


Selalunya diabetes gestasi ni tiada simptom, tetapi wanita hamil mungkin mengalami


  • mudah penat
  • dahaga
  • kencing banyak
  • pandangan kabur
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, hubungi doktor/ jururawat anda ok

Bahaya tak kencing manis ketika hamil ni?


Bahaya atau tidak bergantung kepada cara penjagaan kita. Wanita hamil boleh mengawal kandungan gula di dalam darah dengan mengikut nasihat doktor atau jururawat. Kebanyakan ibu dan bayi yang menghadapi diabetes gestasi ini mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik dari kehamilan normal kerana penjagaan yang lebih ketika kehamilan. 

Masalah utama diabetes gestasi ini adalah bila kandungan gula sangat tinggi di dalam darah, gula ni boleh melepasi placenta kepada anak, yang menjadikan bayi anda membesar lebih dari normal. Bayi yang besar akan membuatkan proses bersalin lebih sukar. Anda mungkin terpaksa di induce atau dibedah sekiranya bayi terlampau besar.

Bayi anda juga berisiko mengalami kandungan gula yang rendah di dalam darah dan kuning (jaundice) dan terpaksa ditahan di hospital untuk pengawasan atau rawatan lanjut.

Diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik juga meninggikan risiko bayi menghadapi penyakit obesiti dan kencing manis ketika dewasa.

Mengawal Kencing Manis Ketika Hamil


Kawal pemakanan 

Doktor dan jururawat akan menasihatkan anda mengurangkan kandungan gula di dalam makanan dan minuman, lemak dan karbohidrat seperti roti putih, tepung putih dan nasi putih. Anda digalakkan memilih diet seimbang yang sihat, memakan dalam kuantiti sedikit dan kerap.



Bersenam

30 minit sehari senaman ringan

Mengawas kandungan gula dalam darah

Doktor atau jururawat akan menunjukkan cara-cara untuk mengawas kandungan gula di dalam darah. Kemungkinan melibatkan ujian gula di dalam darah 4 kali sehari. 



Ultrasound untuk melihat tumbesaran bayi dan kandungan cecair amnion.

Bagaimana kalau diabetes ini tidak dapat dikawal dengan pemakanan dan senaman?


10 - 20% kes diabetes gestasi tidak dapat dikawal dengan pemakanan perlulah mengambil ubat atau suntikan insulin.

Adakah wanita hamil tetap akan mengalami diabetes selepas kelahiran?


Wanita hamil yang menghidap diabetes gestasi lebih berisiko mendapat diabetes jenis 2 (type 2 diabetes) kelak. Anda disarankan melakukan ujian dalam 6 - 12 minggu selepas melahirkan bayi dan pemeriksaan regular setiap dua ke tiga tahun untuk mengawasi diabetes anda. Di anggarkan satu perlima dari wanita yang dikesan menghidap kencing manis ketika hamil sebenarnya adalah pesakit diabetes yang tidak dikesan sebelum ini. 

Kebanyakan diabetes gestasi akan beransur sendiri selepas melahirkan bayi.

Anggaran 30-85 peratus diabetes gestasi akan berulang kembali pada kehamilan seterusnya.

Nantikan entri seterusnya ya...untuk lebih detail tentang pemakanan untuk wanita hamil yang menghidap kencing manis....

Untuk ibu-ibu hamil yang ingin mengoptimumkan kesihatan anda dan mengawal diabetes anda ketika hamil....Jom order

Set Kencing Manis untuk Ibu Hamil






Sebarang pertanyaan lanjut atau order, boleh hubungi saya di ...
Nama : Mama Addin Shaklee
ID: 1099566 SMS/ Wassap : +60172955529 atau +61415674484
FB Page: https://www.facebook.com/Addinhealthbeauty
Blog : http://addinhealthbeauty.blogspot.com.au/

No comments:

Post a Comment