Sunday 20 April 2014

Alahan / mabuk Mengandung / morning sickness dan Tips mengatasinya

Rasa letih xbermaya...loya2 dan muntah2....Sick leave, annual leave semua da nk abes guna? Hihihi ni lah yg dinamakan sindrom morning sickness ketika kehamilan..
Berita baiknyaxda anda tidak bersendirian...chaiyyoo mommy!!

Alahan Mengandung / Morning Sickness / Loya-loya / Muntah-muntah


Statistik morning sickness


Haaa 2/3 Mommy mengandung kena morning sickness dalam first trimester, kebanyakan bermula di minggu kelima hingga minggu ke12. 1/2 mommy mengalami loya dan muntah2, 1/4 lagi hanya loya dan lagi 1/4 bebas dr morning sickness.

Morning sickness vs sickness sepanjang hari ....

Sebenarnya da silap nama morning sickness ni....sbb sickness boleh berlaku sepanjang hari...dan ada yang hadapi waktu malam sahaja....

Morning sickness ni bunyi cam biasa tapi penangan dia hebatt...penattt...dan boleh jadi sangat teruk dan dipanggil hyperemesis gravidarum, sampai kena masuk wad masuk air. Jadi kalau mommy2 mmg btul2 da flat out tuh, dinasihatkan jumpa doktor...


Punca- punca Morning Sickness /alahan mengandung


Haaaa sebenarnya punca2 sickness ni xdiketahui tauu...tpp pakar2 ada la buat hipotesis mengatakan punca2nya berkait rapat dengan hormon2 dlm badan ibu2 hamil

Jom kita berkenalan dgn hormon2 nih...

Human Chorionic Gonadotropin (hCG)


Mommy2 mesti baru berkenalan dengan hormon ni kan...btulla ni la dia hormon yang dikesan dalam UPT dan blood test untuk menentukan kehamilan. Mcm mana hCG menyebabkan morning sickness adalah misteri tetapi inilah suspek utama pakar2 sebab kenaikan level hCG ni sangat berkait rapat dgn simptom morning sickness atau alahan mengandung. Semakin tinggi level hCG ni semakin teruk alahannya. Untuk ibu2 yang mengandung anak kembar yang mengandungi hCG level yg tinggi, alahan yg dihadapi adalah lebih teruk berbanding satu bayi.

Estrogen


Haaa estrogen pun sama. Di awal kehamilan, level estrogen meningkat dgn hebatnya, dan mungkin menyumbang kpd morning sickness ni.

Okay sebab-sebab lain juga

Deria bau dan rasa yang lebih sensitif


Perut yang lebih sensitif. Beberapa kajian menunjukkan Mommy yang ada infeksi Helicobacter Pylori di dalam perut lebih berisiko mengalami loya dan muntah-muntah.

Stress!


Tekanan darah yang tidak stabil, terutamanya rendah

Perubahan metabolisma karbohidrat

Perubahan fizikal dan kimia disebabkan kehamilan


Kesan Morning Sickness Kepada Bayi


Mommy jangan bimbang kerana kajian menunjukkan morning sickness dalam kadar sederhana sebenarnya mengurangkan risiko keguguran. Walau bagaimanapun, muntah yang berterusan sehingga menyebabkan mommy mengalami dehidrasi dan penurunan berat badan boleh menyebabkan bayi di dalam kandungan kekurangan nutrusi dan menaikkan risiko berat badan rendah ketika lahir.

Maka, Mommy yang mengalami loya dan muntah berterusan dinasihatkan menghubungi doktor atau jururawat anda.

Seandainya loya menyebabkan Mommy tidak dapat mengambil diet seimbang, pastikan Mommy dapatkan nutrisi tambahan dari prenatal vitamin.


Hyperemesis Gravidarum


Hyperemesis Gravidarum adalah keadaan di mana morning sickness atau alahan mengandung di peringkat teruk. Anggaran 1 dalam 1000 wanita mengalami hyperemesis gravidarum. Simptomnya adalah muntah, penurunan berat badan dan dehidrasi. Mommy akan ditahan di hospital dan dimasukkan IV liquids dan nutrisi.

Komplikasi hyperemesis gravidarum ini termasuk:

Ketidakseimbangan electrolyte
Kemurungan
Kekurangan nutrisi terhadap fetus
Impak kepada organ-organ utama termasuk hati, jantung, buah pinggang dan otak.

Tip- tip menghadapi morning sickness / alahan mengandung



  • Jangan makan ubat sebarangan tanpa nasihat doktor (pastikan doktor tahu anda mengandung)

  • Makan biskut tawar atau biskut manis tanpa krim sebelum bangun dari tidur

  • Jangan makan makanan yang Mommy rasa boleh menyebabkan loya (makanan berkarbohidrat tinggi selalunya selamat)

  • Makan kadar kuantiti kecil tetapi kerap. Perut yang kosong akan menyebabkan loya.

  • Elakkan dari memasak atau menyediakan makanan

  • Minum sebanyak yang boleh tetapi dalam kadar yang sedikit2 seperti air limau nipis, jus atau cordial cair, tea atau teh halia cair, sup. Andai sukar utk minum air, boleh hisap kiub ais.

  • Pengambilan Vitamin B6 membantu mengurangkan alahan mengandung

  • Banyakkan berehat kerana penat boleh merangsang loya dan muntah-muntah

  • Acupuncture wrist band. Boleh didapati di farmasi.
Jom dapatkan segera Peppermint-Ginger Plus...










No comments:

Post a Comment